Ingin bersama rakan-rakan di SEVEN? Mudah sahaja ! Hanya perlu " TYPE & ENTER " Happy Chatting !!

Friday, July 18, 2008

WARNING!!!

Perhatian kepada oper2 kat Seven. Sila lah jalankan tugas anda ey...coz akan ada berlaku rombakan bagi anda yang tidak menjalankan tugas. Jangan duk makan gaji bute...ahaks..

Thursday, July 17, 2008

SELAMAT KEMBALI

Salam....kepada Spider yang telah join kite semula..."Welcome Home".

WELCOME HOME SPIDER!!!


Monday, July 14, 2008

Semoga Cepat Sembuh!!

Mesti ramai yang dah tahu kan...Abe Spider kite hari tu telah xsident. Dia Xsident hari tu 10hb Julai 2008. Harap2 awak cepat sembuh yer Spider!!! Kitaorng dah rinduuuuuuu sangat kat kamu. Lebih2 lagi chatters kat canel Seven...Kami doakan awak akan sentiasa cepat sembuh seperti sedia kala...Wiew~

Friday, July 4, 2008

Apabila Si DeATHGurL bersuara..:)

Assalammualaikum & Salam sejahtera untuk semua pembaca blog Seven.
Aku tidak tahu macamana mau memulakan...hehehehehe~ But the main point kemunculan aku disini ingin berkongsi sesuatu untuk anda semua yang setia bersama kami di server seven dan juga di blog ini.
A best friends
is always there
whether you need advice
or a pep talk
or
even a shoulder to cry
A best friends
will always listen to you
listen with heart
and will be honest with you
even though
the true will
may hurt you
but a best friends
will never let you down
and
A best friends
will never
stop beliving in you
even if you give up on yourself
and no matter what happens
you always will be
our bestfrinds





Thursday, July 3, 2008

PENGUMUMAN ASAS

Hye kawan-kawan !
Berjumpa lagi kita di dalam rancangan " Mari Bersama Seven " ( hehe )
Topik SEVEN kali ini adalah mengenai peraturan-peraturan yang perlu kawan-kawan patuhi sekiranya ingin terus bersama SEVEN.
Rasanya semua orang sudah tahu kan peraturan asas di IRC ?
Peraturan-peraturan asas IRC?? Nak tahu? Dah tahu? Tak mengapa. Kita cuba saling ingat-mengingati. Boleh ?



Ok. Berikut adalah antara peraturan asas ketika berada di alam IRC.

1) No excessive connections (a.k.a cloning)
2) No War Bots or War Scripts
3) No Mass Advertising
4) No Nuking or DoS (Denial of Service) attacks
5) No Flooding
6) Do not harass other users
7) No Child Pornography

And definitely .... ENJOY YOUR STAY !


So anda semua sudah faham? Bagus !
Demikian jugalah peraturannya di SEVEN.
Dan baru-baru ini oleh kerana Administrator SEVEN semakin 'dihujani' permintaan user untuk mendapat access ( XS ) maka terpaksalah SEVEN membuat pemberitahuan di sini.

We are not in need of any new recruits at this time.
All potential candidates are appointed and no O:lines will be given to those who ask for one. Thank you for the interest.
So, demikianlah serba sedikit pemberitahuan dari SEVEN. Sebenarnya perkara ini sudah pun diberitahu sebaik sahaja anda melayari seven.my.malayirc.com cuma ingin sangatlah SEVEN memberi lebih penekanan di sini. Mana tahu, ada yang tak terperasankan pemberitahuan ini yang telah di-set sebagai TOPIK #SeveN dan di TETINGKAP STATUS anda.
Sekian dulu.
Dan oh ya ! Sebelum terlupa, SEVEN ingin menyarankan kepada semua user untuk mendaftarkan nickname masing-masing. Haih... Tak sayang nickname ke? ( hehe )



Happy Chatting !!

Monday, June 30, 2008

HELP SERVICE

Hello kawan-kawan !
Bertemu lagi. Kali ini SEVEN akan berkongsi bersama anda semua beberapa ' khidmat bantuan ' yang biasanya digunakan dalam IRC.
Ha !
Kepada sesiapa yang dah tahu tu, diam-diam sudah lah kan? ;P
Kepada user baru atau mungkin user lama yang sudah terlupa atau sengaja melupakan atau kedua-duanya sekali; bolehlah menggerakkan kursor kalian ke topik bantuan yang diperlukan di bawah :-
Akhir kata, jangan lupa join kami di server SEVEN ya !
Selamat Belajar & Berchatting !!

Thursday, June 26, 2008

PERIHAL SEVEN

Hello Everybody !!

Hari ini kita akan belajar serba sedikit tentang Link SEVEN ini sendiri.

Di sini ada diterangkan serba sedikit mengenai ' saluran-saluran ' yang terbentuk di bawah SEVEN.

Anda semua bersedia ??

Ok.

Yang pertama : #Seven
Sebaik anda memasuki link SEVEN, anda akan secara automatik akan bertemu rakan-rakan user lain di saluran ini. Saluran #Seven ini merupakan saluran wajib kepada semua user SEVEN.
Di sinilah anda akan bertemu dan berpeluang beramah-mesra dengan administrators SEVEN.

Yang kedua : #SevenUNO
Ha ! Saluran ini pula seperti namanya sendiri adalah khusus bagi peminat-peminat permainan UNO. Pernah main tak? Tak pernah ??! Jangan risau. Di saluran ini, anda boleh bertanya kepada 'petugas' yang berkenaan. Mereka pasti gembira untuk membantu. ( Jangan lebih-lebih OK ! ;P )

Yang ketiga : #Seven11
Pernah ke 7-11 ? Ala ! Mini market yang wujud di mana jua anda berada tu ! Ya. Seperti namanya, saluran ini juga turut ' menjual ' barangan. Tapi encik-encik kakak-adik-abang sekalian, janganlah pula meminta Maggi / Milo / Ore0 dsb. Sumpah kami tak ada ! Jadi barangan apa ek? Ha ! Berikut antara barangan yang kami 'perdagangkan' :-

MP3, 3GP, Anime, Movie etc.



Sekian dulu serba sedikit tentang SEVEN.
Kita bertemu lagi di lain kali.

Akhir kata, jumpa kami di Link SEVEN ya !

Selamat Berchatting !!


p/s :: Oleh kerana SEVEN masih baru di 'pasaran', kami masih dalam usaha memperbaiki dan menambah kualiti. Sebarang kemusykilan bolehlah disalurkan di kotak komen di bawah.

INTRODUCTION OF SEVEN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan penubuhan seven.my.malayirc.com. Kredit diberikan kepada tuan empunya diri iaitu Spider kerana beliau bersungguh-sungguh menubuhkan link ini. Dan akhirnya tertubuhlah link SEVEN pada 22 Jun 2008.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah seven.my mendapat namanya. Idea ini tercetus hasil buah pemikiran empat sekawan yang saling sokong menyokong iaitu Spider, konami, aLaTaRIeL dan juga DeATHGurL.

Seterusnya, setinggi penghargaan kepada MALAYIRC.COM kerana memberi kepercayaan kepada SEVEN dalam menganggotai server tersebut.

Dan sekarang, SEVEN dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan semua user sebuah lagi usahasama iaitu BLOG RASMI SEVEN.

Diharap dengan tertubuhnya SEVEN, kita akan sama-sama menjayakan server yang julung kali dan satu-satunya yang dipelopori MELAYU.

Semoga anda semua akan terus bersama SEVEN.

HAVE A NICE EXPERIENCE @ SEVEN !